Melbourne Aku Lihat Apa Yang Dipanggil Salji

Tentunya apabila aninadila.com telah kembali aktif, perkara pertama yang aku nak buat ialah berkongsi tentang trip ke Melbourne, Australia.

Meskipun trip itu tidaklah lama, cuma satu minggu, tapi pengalaman yang dirasai luarbiasa. Dapat menjelajah ke bumi Allah yang luas dan peluang untuk terus memuji ciptaanNya. Superb!

Trip ini pada mulanya tidak dirancang. Kawan aku cidot tiba-tiba mengajak, sebab adik dia nak bayarkan hotel kat sana. Orang kata, benda baik macam ni jangan tolak (ngeh ngeh), aku pun setuju nak ikut.

Preparation

1. Tiket – Alhamdulillah waktu nak pergi ni kami dapat harga tiket pergi-balik rm700. Kawan aku dekat dua minggu jugaklah asik bukak tutup website Airasia. Hari-hari penuh debaran menunggu harga tiket promo.

Nampak aje RM700 return trip, kami tak tunggu lama, terus booking. Kalau nak diikutkan this is the lowest we’ve seen sepanjang 2 minggu tu. Bila sembang2 dengan seorang penumpang sama flight time nak pergi tu, dia kata tiket dia harganya RM3,800. Huh terasa bangga mendapat tiket murah.

Diingatkan. Kami booking kira-kira 3 bulan awal.

2. Passport & Visa – Nak pulak time nak pegi ni passport aku nak tamat tempoh, jadi terpaksalah renew. Bagi yang nak keluar negara, passport anda hendaklah valid at least 6 bulan dari tarikh anda nak pergi. Jika ada 2-3 bulan lagi sebelum tamat tempoh, korang takleh fly nanti, pegi renew. Aku buat kat shah alam je, time keje tak ramai orang. Hari yang sama boleh dapat. Untuk masuk ke Australia pula kena ada visa. Dah tak macam dulu, nak apply visa aussie skang ni sangat mudah. Pastikan korang ada kredit kad nak buat payment untuk visa application via online. Pegi website ni http://www.eta.immi.gov.au/. Harga visa lebih kurang RM70 boleh dapat on the spot. Takde resit-resit ya, atau print apa-apa (pada mulanya aku agak cuak juga). Tapi nanti waktu kat imegresen, dorang leh tgk online visa korang ni.

3. Hotel – Sewaktu disana, tipah yang telah bermurah hati menaja kami duduk di Hotel Grand Mercure. Sebelum pergi tu survey2 dulu hotel dan booking. Kami booking melalui Agoda.com, dan percayalah harga lebih murah kalo booking kat sini.

4. Transport – Kami bertuah sebab suami si tipah, Mas Romi pernah study sana. Jadi kami follow je dia tentang transportation bagai. Pakai public transport je senang, melainkan korang nak stop2 waktu melawat, maka carilah supir aussie.

5. Bajet – cakap pasal bajet yang seram ni. Oklah, rata-rata kami bawa lebih kurang RM1,800 sorang. Cukuplah untuk makan, melawat dll (tak termasuk hotel ya). Boleh beli suvenir juga untuk seisi kuarga dan sahabat handai.

Visit Terlalu banyak sangat tempat yang kami lawati, semua menarik. Namun aku senaraikan juga tempat wajib pergi dan rasionalnya.

Posing sejenak di Queen Victoria Market

1. Queen Victoria Market – kat sini korang bolehlah shopping suvenir murah2 untuk dibawa pulang. Beg tulis australia, keychain koala atau kangaroo, tshirt, hmm bagi mereka yg nak beli baju winter pun jual banyak sangat kat sini.

2. Mount Buller – Tujuan utama kami ke sana. Mt. buller hanya 2 jam perjalanan daripada Melbourne Town. Package yang kitorang amik ni, ada van pickup kat hotel, tukar bas, ada tourist guide (yang cakap2 dlm bas tu), sampai Mt.Buller AUD90 (x3 untuk RM). Dapat murah sebab kitorang beli sekali ngan tiket Penguin Parade. Sampai sana alhamdulillah tengah snow, jadi merasa salji turun dan main salji. Kalau nak pegi, tgk season winter bila. Kami pegi bulan 6. Pastikan ada pakaian yang tepat dan mencukupi. Amaran keras, kami memakai lima eh cuma empat lapisan baju dan boot adalah disewa. Itu pun sejuk lagi!

Wah pose lagi, kali ini di Mt. Buller

3. Penguin Parade, Philips Island – Kalau tanya aku, antara salji dan penguin parade ni, aku sangat kagum ngan lawatan yang ini kerana boleh tgk penguin in its nature. Lawatan ke Philips Island untuk tengok penguin ni bermula tengahari. Dalam perjalanan bas akan singgah ke Koala Conservation Centre dan tengok Kangaroo life lompat2 (apa nama tempatnya ntah).Penguin akan naik dalam lebih kurang kul 5 (sana dah gelap), secara semulajadi dari laut. Akan ada pelantar untuk tgk penguin naik dan kembali ke sarang mereka. Penguin ni boleh tengok sangat dekat. Sunset, penguin, sea breeze, its just a wonderful experience moment for me.

4. Round-round town – A better way to experience tempat org juga ialah berjalan-jalan kaki sekitar bandar melbourne. Meskipun kat town, ianya sangat sejuk sewaktu lawatan kami dibuat. Hotel yang kami duduk dekat dengan Chinatown, jalan depan sikit jumpa Federation Square dan makanan halal pun banyak terdapat disekitar ini. Merasa juga naik trem percuma, wink!

Individu yang begitu berjasa dalam lawatan ini. (Dari kiri) Romi, Najah, Tipah dan Cidot didalam trem yang dinaiki percuma.

Aku hanya masukkan beberapa pengalaman yang ingin aku kongsi, kalau nak ikutkan banyak lagi. It was a wonderful visit, with great people, plus nice place and exciting experience.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

4 Responses

  1. intan says:

    salam, bulan berapa masa yang sesuai nak main salji di mt buller? awak pergi masa ni bulan brp ya?

  2. aninadila says:

    saya pegi dalam awal bulan 6 macam tu. waktu tu memang tengah musim salji tapi suhu tak begitu sejuk sangat lagi. Lebih kurang -2celcius. seminggu lepas tu baru semakin sejuk sampai -8 dan -10 waktu pagi. Kena tengok kalendar sebelum pergi. Mereka dah ada forecast cuaca yang boleh jadikan guide.

  3. sabrina fathi says:

    hi, nak tanya you pergi mountbuller ambil pakej dari mana ya? TQ 🙂

  4. aninadila says:

    Alamak tak ingat pulak ambil dari mana. Package mount buller kira $180 kalau tak salah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *