Yes 4G Huddle Model Baru Ini Sesuai Masuk Poket

Blogging made simple dengan dua benda ni. Sambil baring-baring boleh layan facebook, blogging, youtube dengan dua permainan fav aku setakat ini, iPhone dan Yes 4G Huddle. Sungguh kacak Huddle berwarna putih ini membuatkan aku tergerak untuk membelinya, ihiks! Dan coverage pun agak baik di Shah Alam dan kampung aku Batu Pahat, so aku rembat jelah menda ni. Nak pulak tengah promosi raya, huddle ini boleh didapatkan dengan harga RM80+RM100 Activation+RM50 upfront payment. Yang RM50 tu nanti tolak bil pertama.

Bagi yang nak huddle lama yang agak besar sedikit (kira-kira saiz mouse), devicenya diberi percuma dengan mana-mana pakej broadband yang diambil. tetapi aku decide ambil yang baru pelan 4GB dgn komitmen bulanan RM68. Bagi yg ambil pakej RM168 (10Gb), akan dpt tiket konsert Maroon 5 yg akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan-bulan depan kot, aku tak tanya lanjut sebab kurang berminat. Perbandingan performance keduanya sama sahaja, boleh support sehingga 5 pengguna, capaian 4G dan bateri tahan satu jam lebih lama (6 jam) berbanding sebelum ini 5 jam.

Apabila dah ada broadband, wayerles plak tu, install pula WordPress App iOS mcm yg aku guna ni, memang best la kan. Untuk blogspot juga ada app khusus yang boleh diinstall utk blogging dgn mudah. Boleh Blogging sambil goyang kaki, meniarap ke apa terpulang. Aku pula berharap semangat blogging aku akan bertahan lebih lama selepas ini.

20120811-094949.jpg20120811-095004.jpg

 

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *