Jaket Varsity Fesyen Dahulu Yang Kembali Trend

Sakit betul pinggang aku lepas teman Jiha shopping semalam. Hebat anak buah aku, boleh shopping lebih banyak dari aku. Untung budak-budak zaman sekarang ni ada makcik-makcik yang memahami. Hasil budibicara aku ngan kakak aku, maka dapatlah Jiha beli baju yang lama sangat di sebut-sebutnya, Jacket Varsity.

Pada mulanya aku tertanya-tanya juga bagaimana rupanya jaket varsity ni dan apalah Jiha nak buat dengan jaket dalam iklim Malaysia yang panas berdengung macam ni. Disebabkan dah berjanji, maka aku bawalah juga dia ke Berjaya Times Square. Seperti yang diharapkan, melambak jaket tu kat sana. Siap ada promosi, beli jaket dapat patches free (tapi patches jahit sendiri). Setelah meninjau beberapa buah kedai, maka Jiha dapat jaket pilihan hati pada harga RM79. Ucapan aku kepada dia, selamat berpanaslah ya!

Rupanya bukan dia je yang kemaruk jaket ni. Budak-budak yang pergi ke BTS semalam rata-ratanya cari jaket ni. Bila aku tengok jaket tu betul2, rupanya inilah jaket aku pernah pakai waktu kat ITM (now known as uitm) dulu. Inilah jaketnya dulu yang ada cop seroja (kolej aku), dan aku pakai kalau nak merempit ke sana ke mari. Ya, dulu aku penunggang motosikal tegar.

Bezanya time tu takde nama ‘varsity varsity’ ini. Panggil jaket je. Sekarang jaket ni dah ada macam-macam kaler dan stail, dan trend fesyen berjaket kain telah kembali. Bagi aku trend fesyen ni macam makan keropok cap Mi-Mi. Dulu dah ada, sekarang pun orang makan lagi. Tak perlulah faham metafora aku ni sangat, hihi. Apa yang penting, inilah rupa paras jaket ni.

20120813-155632.jpg

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. 007 says:

    He..adakah jaket merempit itu kaler biru ? Bukan??

  2. aninadila says:

    aiseh mana tahu jaket merempit aku kaler biru nih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *