Puasa Ganti Dan Kemusykilan Orang Ramai Tentangnya

Hari ini aku niat berpuasa ganti. Tetapi aku diberitahu bahawa tidak boleh puasa ganti hari Jumaat sahaja melainkan aku puasa semalam (khamis) atau esok (Sabtu). Disebabkan aku pun tak berapa sure, aku tanya cik Google pasal hal ini dan ini yang dapat aku kumpulkan, harap bermanfaat juga buat mereka yang baca post ni. Wallahualam.

1. Apakah hukum berpuasa pada hari jumaat sahaja atau sabtu sahaja atau ahad sahaja?

Jawapan
Makruh puasa yang bukan wajib pada hari jumaat sahaja atau sabtu sahaja atau ahad sahaja dan tiada menjadi makruh jika didahului atau disambung dengan hari yang dahulu atau berikutnya dan juga tiada makruh jika hari jumaat atau sabtu atau ahad itu terjatuh pada hari yang ia biasa berpuasa umpamanya ia berpuasa berbilang-bilang sehari puasa dan sehari buka, dan terjatuh hari puasanya pada hari jumaat atau sabtu atau ahad, demikian juga kalau hari-hari tersebut jatuh pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah, hari yang kesembilan Muharam dan hari yang kesepuluhnya (Asyura).

Sumber: Jabatan Mufti Perak

2. Ada mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari jumaat, hendaklah berpuasa pada hari khamis @ sabtu pada minggu yang sama

Jawapan
Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW iaitu jika puasa itu dimulai pada hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.Ini adalah untuk membezakan cara puasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.

Sumber: JAKIM

3. Ada mengatakan bahawa jika ingin berpuasa pada hari jumaat, hendaklah berpuasa pada hari khamis @ sabtu pada minggu yang sama. Adakah benar dan ia hanya terhad pd puasa sunat dan Apakah hukumnye jika hanya berpuasa ganti pada hari jumaat sahaja?

Jawapan

Ya..Berpuasa ganti pada hari jumaat sahaja tidak digalakkan kerana ia merupakan hari umat muslimin untuk memperbanyakkan dan mempelbagaikan ibadat. Oleh itu, pada hari jumaat dibolehkan seseorang berpuasa tetapi didahulukan puasa pada hari khamis dan disambung dengan hari sabtu.

Puasa sunat boleh ditunaikan mengikut cara yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW iaitu jika puasa itu dimulai pada hari Jumaat maka hendaklah diikuti dengan berpuasa pada hari Sabtu.Ini adalah untuk membezakan cara puasa dalam agama Islam dengan agama Yahudi.

Sumber: islamgrid.gov.my

 

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

2 Responses

  1. lama tak update nih. 😀

  2. mia says:

    thanks for info..:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *