Semoga Tenang Di Sana

Perjalanan aku tidak mudah hari ini. Lebih enam jam untuk menyampaikan ke Parit Buntar Perak. Bukan kerana jauh, tetapi kerana hatiku terasa berat. Seseorang telah meninggalkan dunia dan keluarganya di sini. Pergi ke alam kekal. Pergi selamanya. Aku seorang anak dan aku seorang sahabat. Berdiri di sebelah saudaraku yang tidak bertajuk tatkala orang ramai membacakan Yassin. Menghulur tangan ketika dia terasa hendak terjatuh. Berdiri, sekadar untuk memberitahu yang aku ada. Semoga dirimu tabah sahabatku. Menghadapi pemergian ibu tersayang bukan semudah yang disangka. Tapi hari ini aku lihat kau tabah. Kau kuat. Kau redha. Bila nanti kau rasa kuatmu perlu berehat, tabahmu hampir berhenti, ketahuilah Allah ada dan kami juga sentiasa ada. Kau akan bangun dan bangkit lagi. Buat ibuku Siti Sari, tenanglah dirimu disana. Aku doakan kau dekat denganNya. Anak-anak merinduimu tatkala tanah ditutup. Tetapi kembalimu kepada Pencipta mengubat rindu yang sudah terlalu lama.

Nadiel Yusof

“Melihat diri dengan keterbukaan, seumpama melihat dunia tanpa sempadan. Limit manusia terletak pada akalnya..”

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *