Buku Tulisan - A-Z Blog

BUKU: A-Z BLOG. PENULIS: ANI NADILA YUSOF. TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD. HARGA RM16.50
PROMOSI DI GENERASI-Y (RTM1)
Buat pertama kalinya aku dijemput menjadi panel rancangan Generasi-Y terbitan RTM1, iaitu rancangan untuk belia masa kini. Ia pengalaman pertama buat aku, tetapi aku rasa ianya batu loncatan terbaik untuk aku mempromosikan Majalah PC dan A-Z Blog (meskipun time ni belum diterbitkan lagi). Rancangan dihoskan Awal Ashaari dan selain aku, panel yang dipanggil untuk berbicara tentang belia dan teknologi ialah Menteri Belia Dan Sukan (time ni), Datuk Ismail Sabri.
Apa yang aku bicarakan… Hmm semualah yang berkaitan belia dan IT. Bagi aku IT masa kini adalah sangat2 penting dan menjaga penggunaannya adalah terpulang kepada belia itu sendiri. Kita tidak boleh menyekat teknologi dan kita juga janganlah mengotorkan teknologi yang kita ada masa kini. Kotor?? Yelah, doing sumtin that should not be done!
*********************
Baru-baru ini aku dijemput sekali lagi untuk menjadi panel dalam rancangan Generasi-Y terbitan TV1. Kali ini kami membincangkan topik Blog dan Laman Web Sosial. Pada masa yang sama saya sempat mempromosikan buku A-Z Blog: Tip untuk Blogger wanita. Pengalaman kali kedua lebih meyakinkan aku bercakap di depan lensa kamera. Tapi kenapa plak dengan kolar baju tuh?? huhu
****************************
AWANI PAGI, ASTRO AWANI
Lagi promosi A-Z Blog di kaca televisyen. Aku dijemput untuk mempromosikan Buku A-Z Blog dalam satu slot rancangan Awani Pagi, di Astro Awani. Dah nama pun Awani Pagi, so memang pagi jugaklah aku berada di studio diorang kat bangunan BSKL, KL tu. Selain promote buku, aku juga bercakap tantang senario Blog masa kini. Seperti mana yang aku selalu cakap, I’m Not The Expert, But I Was Given The Chance. This time no makeup2 tebal. Just a plain ME!
********************
Its been so quiet lately.







