Ani Nadila

| Rants On Malaysia’s IT & Multimedia

Masukkan game pada blog anda

July 24th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

Cara mudah untuk masukkan game dalam blog anda adalah dengan menggunakan Widget (pernah diperkenalkan dalam pos sebelum ini) atau poskan sahaja kod game yang anda perolehi daripada laman web kegemaran anda. Sebagai contoh game HK Cafe yang begitu mengujakan ini. Kod permainan flash ini boleh anda dapati di merata tempat di Internet. Hanya masukkan kod yang diberikan dalam HTML dan publish pos anda itu (this is the wordpress way). Lebih kurang serupa juga untuk hos blog yang lain. Dalam sekelip mata, blog anda sudah diserikan dengan macam-macam perkara yang menghiburkan. Selamat mencuba!

game-kod

HK Cafe - Kasik diorang makanan

July 24th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

All funny games for free at Theflashwarez

Biar benor!

July 24th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

Petang ini aku ambil sedikit masa untuk layari Utusan Online. Satu berita telah menarik perhatian aku dan membuatkan aku berkata.. BIOR BENOR!! beware of tikus!

CHICAGO 24 Julai - Seorang bayi di Louisiana digigit tikus hingga mati di atas katilnya manakala seorang lagi bayi di Ohio hilang dua jari kaki juga akibat serangan ganas tikus.

Jabatan Polis Wilayah Pike berkata, tiga orang didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak selepas pihak berkuasa mendapati bayi Ohio yang berusia enam bulan telah berulangkali digigit tikus dalam tempoh masa yang lama.

Tetapi, belum ada tuduhan difailkan berhubung kes bayi di Louisiana yang mati setelah berulang kali digigit tikus, lapor New Orleans Times-Picayune.

Bapa bayi perempuan itu ditemui menjerit di luar rumahnya sewaktu paramedik tiba dan ibu bapanya memberitahu polis bahawa mereka tidak mendengar tangisan bayi berusia tiga bulan itu sewaktu dia digigit tikus ketika tidur.

Jiran memberitahu Picayune, kanak-kanak itu kelihatan dijaga sempurna dan bapanya baru sahaja memasang perangkap untuk menangkap tikus yang berleluasa di kawasan itu. - AFP

Pesta Buku Selangor 09′

July 23rd, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

Bermula esok sehingga 3 Ogos 2009 Pesta Buku Selangor akan diadakan secara besar-besaran di Kompleks PKNS Shah Alam. Pelbagai akiviti menarik bakal berlangsung antaranya pertandingan bercerita majalah E-Baca & E-Siswa (AHAD ini) serta promosi beli majalah dapat hadiah. Selalunya akan ada diskaun buku-buku dan majalah-majalah pada Pesta Buku begini. Sesuai sangatlah untuk ibu bapa, especially yang kerja2 kerajaan tuh turun dan beli buku untuk anak-anak anda. Pacu pemikiran menerusi pembacaan, jana kecemerlangan menerusi ilmu pengetahuan. Akademik sungguh! huhu

Redluck Island 3

July 21st, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

redluck

Mati Suri - seram tak seram sangat!

July 14th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

creepy! Mati Suri, cite Indonesia yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sekarang ni. Aku dapat tiket percuma dan rajin nak pergi tengok meskipun mata aku ngantuk menggila (show 9.30 mlm). Aku mengharapkan cite ni bisa membuatkan aku berasa takut tetapi Mati Suri tidak menepati skala cite antu yang boleh ditakutkan kerana tak berapa nak seram pun. Takut ‘ala-ala’ aje, tekujat sikit time muzik nya ‘dikuatkan’, lainnya biasa sahaja. Mungkin sebab cerita ni berkisarkan orang mati yang hidup semula, berada dalam keadaan koma dan menjalani kehidupan seakan sebenar meskipun mereka terlantar tidak sedarkan diri (itu maksudnya mati suri).

Abel membuat cubaan bunuh diri dengan menelan pil selepas mendapati bakal suaminya ada hubungan sulit dengan orang lain. Dia dikejarkan ke hospital dan berada dalam koma. Waktu inilah macam2 berlaku. Dia mendapat tahu kisah sebenar pasal bakal suami dia tuh, kawan baik dia yang jahat sebenarnya, diganggu roh2 jahat dalam sebuah Vila lama dan banyak lagi. Tapi tidak menakutkan sangat dan tidak seperti yang aku harapkan. Sundel Bolong masih dalam ingatan.. huh suzanna mata terbeliak2.. huhu. Rate: ** (dua bintang je)

Bulan ICT Julai - Ogos ini

July 14th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (Pikom) bakal menganjurkan Bulan ICT Nasional (NIM) 2009 bermula 20 Julai hingga 20 Ogos ini. Objektifnya adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai beberapa isu berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan tema ICT: Mengupaya Kecemerlangan Baru. NIM menyediakan banyak aktiviti untuk disertai antaranya persidangan, pameran, inisiatif tanggungjawab korporat sosial (CSR), kempen membeli-belah secara dalam talian, seminar dan strategik kajian semula.

Untuk menarik minat pengguna, Pikom juga akan menganjurkan PC Fair 2009 di 13 buah bandar utama di seluruh negara sepanjang tahun ini. Ia diikuti dengan seminar di semua negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sebagai usaha membantu meningkatkan pengetahuan ICT di kalangan organisasi. Bagi mempromosikan kempen membeli secara dalam talian pula, mereka2 yang melakukan pembelian di www.mybeli.com daripada 200 buah peniaga yang mengambil bahagian akan mendapat potongan harga secara mingguan atau bulanan. (sumber: Utusan Malaysia)

Durian kecik.. owh comelnya

July 13th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

small durians

"durian mini"

Dengan RM10 boleh dapat 6-7 biji durian kecik ni. Aku bukan minat sangat makan durian, tapi bila tengok durian kecik ni, rasa nak makan pulak. Beli kat seksyen 20, shah alam, tepi jalan. Tapi kalau ikutkan kat mana2 pun ada durian ni. Kat cheras pun ada dan semalam aku pegi sg besi pun dalam rm5 selonggok. Bagi peminat durian mungkin merasakan durian ni celah2 gigi je, sikit. Tapi bagi aku, durian kecik ni ok sangat2. Puas jugaklah makan dan rasanya macam yang besar tu jugak, dah nama pun durian kan.

Kemudian dengan durian yang 7 biji tuh, kawan aku buat pulut makan ngan durian ni. Bahannya: pulut, durian, gula, santan, stail orang utara. Aku tak pandai sangat makan gaya2 gini. Kat tempat aku kalau durian yang tak berapa nak best akan dibuat ‘Serawa’ (kuah durian). Pun aku kat berapa makan sangat, tapi aku suka tengok mak aku improvise makanan2 nih suma.. hehe. Kenapa musim2 durian sebelum ni aku tak pernah nampak durian kecik ni? Baru akhir-akhir ni aku nampak. Mulanya tak yakin jugak nak beli, kotlah stakat seulas dalam tuh nak buat apa. Tapi best rupanya yang kecik ni pun. Mungkin kerana itu abang aku belikan sampai seguni untuk mak aku. Dendam katanya sebab durian yang besar2 tu asik tak elok je. Tapi seguni abang oi.. apa ko dendam sangat ke?? haha

Aku sudah pulang…

July 10th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

Ya, aku sudah pulang after a long week @ JB. Jelajah Johor, di bawah unit Akademik tempat aku keje. Banyak sekolah aku pergi seperti MRSM, UTHM, Sek Tun Fatimah, SMI Hidayah, Maktab Abu Bakar & Sek Seni JB. Jumpa ramai budak2 sekolah, bagi banyak hadiah & of course tujuannya utk terus mempromosikan majalah kami.

Aku tertarik dengan Sekolah Seni JB yang aku pergi semalam (sekolah terakhir before balik kl). Selain subjek teras yang diajar, mereka juga dilatih dengan ’soft skill’ lain. Terdapat empat pengkhususan iaitu Tari, Muzik, Visual dan Teater. You’ll be amazed dengan bakat adik2 atau budak2 kat sini. Dari peringkat umur begini bakat mereka telah diasah dan digilap. Time aku melawat studio tari diorang, aku dipertontonkan dengan persembahan tarian lagu Siti Nurhaliza, Ku Mahu (tajuk tarian ni apa ntah cikgu dia sebut semalam tak dapat nak dengar). Modern dance, simple but best. Aku boleh nampak semangat budak2 ni dan kesungguhan mereka. Ya kesungguhan tu yang membuatkan aku respect budak2 ni.

Kemudian aku pegi ke studio teater. Cikgu yang mengajar ni kebetulannya aku kenal waktu kat UiTM dulu. Budak perindu, aku plak seroja. Memang pernah jumpa, tapi semalam antara ingat tak ingat. Bila dia dah tanya2, baru recall semula. Sorilah, slow sikit RAM aku ni.. huhu. Owh back to the story. Kat studio teater ni pun sama. Sebelum start diorang kena buat satu ‘movement’ ni, macam tarian gak, tapi aku rasa tujuannya adalah untuk warming up dan ‘inner feel’ kot (budak teater mesti lebih faham). Then diorang pun mula berlatih. Budak2 sekolah ni terdiri daripada anak2 orang seni gak katanya. Ada anak pelakon, penyanyi, doktor, peguam pun ada. Satu sekolah cuma ada dalam 50 budak je. Tak ramai. Setakat ini diorang cuma ada satu blok kelas sahaja, share dengan sekolah sebelah, Sekolah Khalid kalau tak silap aku. Ruang dan kemudahan sangat terhad. So, aku doakan diorang dapat peruntukan untuk memperbesarkan lagi sekolah ini dan memuatkan lebih ramai student. Kalau bukan kat situ pun, tempat lain. Sekolah yang lebih besar, lengkap dengan semua facilities yg diperlukan. Sayang kalau sekolah2 begini tidak dikembangkan lagi sbb bagi pendapat peribadi aku, sekolah ni memang bagus utk budak2 jiwa seni mengasah bakat dan kemahiran mereka.

Tak macam satu sekolah ni. Nama gah, budak pandai, tapi dari segi attitude ‘zero’. Bukan prejudis, tapi realiti yang aku dan budak2 aku sendiri alami. Hampa dengan mentaliti budak2 yang membenci sekolah sendiri dan tak respect other people. Aku dulu pun macam tuh jugak tapi still have some respect to others. A bit respect pun dah cukup. Ntahnya…

Ok malas nak bebel… more weeks ahead! huuuuuh

W.h.e.e.l.i.e Clip

June 29th, 2009 + Dihantar oleh ani nadila

Watak favourite aku dalam Transformer. Decepticon turns Autobots. Wheelie! whee..